ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk melaksanakan suruhan sebagai hambaNya. Syukur tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk menyelesaikan blog ini.
Diharap agar saudara/i semua dapat meluangkan masa untuk menjayakan blog ini dan seterusnya berforum untuk bertukar-tukar pendapat.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kesilapan makhlukNya yang kerdil.

Sekian, Terima Kasih.

MARI MENJANA PENDAPATAN

MARI BERFORUM DI 'RUANG FORUM ANDA'

Tuesday, February 26, 2008

KAMI BUKAN PERENANG

Seramai 7 org ahli yang berdaftar dibawah 'Projek Olimpik Malaysia 2008' telah mengadakan sesi latihan di Pusat Akuatik Relau, Pulau Pinang pada setiap minggu yang free dari kuliah. Keistimewaan menjadi ahli adalah menikmati makanan di Restoran Shariff dengan pakej berbayar, menikmati kedinginan air kolam yg tenang dan dapat mencuci mata jika ada awek-awek berenang sekali (masa utk tunjuk bakat). Aktiviti ini juga telah mendapat sambutan dari ahli-ahli cawangan yg lain bagi menghangatkan lagi suasana di kolam renang dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan mencemaskan.

Wednesday, February 20, 2008

PERSATUAN UNIT BERUNIFORM LIMT 2

Setiap warga KPLI adalah wajib menyertai unit beruniform sebagai syarat memperolehi Diploma Perguruan. Terdapat 4 persatuan unit beruniform yang terdapat di I4P iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS), Pengakap Kanak-kanak, Pandu Puteri, Puteri Islam & Bulan Sabit Merah. Bagi ahli LIMT 2 berikut adalah statistik kategori unit beruniform yang telah didaftar:-
1) Puteri Islam - 6 orang
(Cikgu Aida, Cikgu Suzana, Cikgu Awanis, Cikgu Masitah, Cikgu Niza, Cikgu Ina)
2) Pengakap Kanak-kanak - 6 orang
(Cikgu Rozita, Cikgu Iwani, Cikgu Huda, Cikgu Fairus, Cikgu Razi, Cikgu Rohimi)
3) Pandu Puteri - 4 orang
(Cikgu Hazwani, Cikgu Laila, Cikgu Zubaidah, Cikgu Siti)
4) Bulan Sabit Merah - 4 orang
(Cikgu Shazana, Cikgu Ros, Cikgu Aidura, Cikgu Azhar)
5) Tunas Kadet Remaja Sekolah - 3 orang
(Cikgu Hakil, Cikgu Syful, Cikgu Azli)

Monday, February 18, 2008

KURSUS BIG di PULAU LANGKAWI, KEDAH

BIG berlangsung dengan jayanya sepanjang 12-15 Februari 2008 dengan sokongan padu dari pelbagai pihak. Seramai 64 org peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari ahli LIMT 1, LIMT 2 & LIKS. Justeru itu, jutaan terima kasih kami ucapkan buat penyelaras BIG Encik Rosli Bin Abdul Razak yang telah banyak membantu sepanjang program ini berlangsung. Ini termasuklah persediaan sebelum bertolak ke Langkawi yang telah dirancang dengan rapi yang memberikan serba sedikit gambaran kepada kami semua tentang perlaksanaan BIG. Kawasan-kawasan yg telah dikunjungi adalah Beringin Beach Resort, Bukit Beringin, Taman Lagenda, Gua Landak, Pantai Beras Basah, Eagle island & Pekan Kuah. Aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah seperti jungle tracking, swimming learning, rafting, island hopping, eagle feeding, jungle survival, menerokai gua & shopping.