ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk melaksanakan suruhan sebagai hambaNya. Syukur tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk menyelesaikan blog ini.
Diharap agar saudara/i semua dapat meluangkan masa untuk menjayakan blog ini dan seterusnya berforum untuk bertukar-tukar pendapat.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kesilapan makhlukNya yang kerdil.

Sekian, Terima Kasih.

MARI MENJANA PENDAPATAN

MARI BERFORUM DI 'RUANG FORUM ANDA'

Tuesday, April 29, 2008

PROJEK BMK - PERTANDINGAN PIDATO

Satu Projek Mega Pertandingan Pidato telah berjaya dilaksanakan oleh Ahli LIMT 2 pada 29/4/2008 bertempat di Dewan Agung, I4P. Projek ini adalah dibawah perlaksanaan Pensyarah Pn. Sharinah yg merupakan pensyarah matapelajaran Bahasa Melayu Komunikasi. Setiap ahli diberi peranan dan tanggungjawab masing-masing spt Pengarah I4P, Pengerusi Projek, Pengacara Majlis, Pemberi Taklimat dan Pemidato dgn cara undian. Pertandingan ini berlangsung selama 2jam 30minit. Johan pemidato ini telah disandang oleh Cikgu Fazlina. Secara kesimpulannya, ahli-ahli berjaya menyempurnakan tanggungjawab ini dengan hasil kerjasama dan pemuafakatan sesama ahli... TAHNIAH ANDA SEMUA... BERIKAN TEPUKAN UNTUK DIRI ANDA....!!!!!!

Saturday, April 12, 2008

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 2008

Kejohanan Mini Olahraga 2008 telah diadakan pada 12/4/2008 bertempat di Stadium USM, Pulau Pinang. Pelbagai acara balapan dan padang telah dipertandingkan. Terdapat 4 kontijen yg telah mengambil bahagian iaitu KPLI, TESL/TYEL, PPSIMP dan PPRET. Kontijen PPSIMP telah dinobatkan sbg juara. Seramai 7 org atlet dari ahli LIMT 2 telah mengambil bahagian iaitu Cikgu Rozita (1500m), Cikgu Azli (100m), Cikgu Roy (Lontar Peluru), Cikgu Laila (Lompat Jauh), Cikgu Iwani (1500m), Cikgu Razi (Lompat Jauh) & Cikgu Epul (Lompat Jauh). Cikgu Rozita adalah wakil tunggal ahli LIMT 2 yg telah berjaya mendapat pingat gangsa. Bagi atlet-atlet LIMT 2 yg lain, mereka memberi ruang kpd atlet junior utk memenangi pingat.

Saturday, April 5, 2008

PEPERIKSAAN KOAM 2008

Peperiksaan percubaan KOAM 2008 telah dijalankan pada 2/4/2008 manakala peperiksaan sebenar adalah pada 5/2/2008. Peperiksaan ini bertujuan untuk lantikan Pegawai Kesatuan Olimpik Malaysia seterusnya berpeluang untuk menjadi pegawai pertandingan olahraga. Semua pelajar KPLI wajib menduduki peperiksaan KOAM kerana menjadi syarat pensijilan Diploma Pendidikan. Terima kasih ditujukan kepada Mr. Gan sbg pensyarah Gerko Olahraga kerana bertungkus-lumus memastikan pelajar-pelajar KPLI lulus dalam peperiksaan KOAM 2008. Peperiksaan ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Kami berdoa agar lulus dgn cemerlang. Amin...