ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk melaksanakan suruhan sebagai hambaNya. Syukur tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk menyelesaikan blog ini.
Diharap agar saudara/i semua dapat meluangkan masa untuk menjayakan blog ini dan seterusnya berforum untuk bertukar-tukar pendapat.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kesilapan makhlukNya yang kerdil.

Sekian, Terima Kasih.

MARI MENJANA PENDAPATAN

MARI BERFORUM DI 'RUANG FORUM ANDA'

Monday, February 18, 2008

KURSUS BIG di PULAU LANGKAWI, KEDAH

BIG berlangsung dengan jayanya sepanjang 12-15 Februari 2008 dengan sokongan padu dari pelbagai pihak. Seramai 64 org peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari ahli LIMT 1, LIMT 2 & LIKS. Justeru itu, jutaan terima kasih kami ucapkan buat penyelaras BIG Encik Rosli Bin Abdul Razak yang telah banyak membantu sepanjang program ini berlangsung. Ini termasuklah persediaan sebelum bertolak ke Langkawi yang telah dirancang dengan rapi yang memberikan serba sedikit gambaran kepada kami semua tentang perlaksanaan BIG. Kawasan-kawasan yg telah dikunjungi adalah Beringin Beach Resort, Bukit Beringin, Taman Lagenda, Gua Landak, Pantai Beras Basah, Eagle island & Pekan Kuah. Aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah seperti jungle tracking, swimming learning, rafting, island hopping, eagle feeding, jungle survival, menerokai gua & shopping.

No comments: