ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk melaksanakan suruhan sebagai hambaNya. Syukur tidak terhingga kerana diberi kesempatan untuk menyelesaikan blog ini.
Diharap agar saudara/i semua dapat meluangkan masa untuk menjayakan blog ini dan seterusnya berforum untuk bertukar-tukar pendapat.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kesilapan makhlukNya yang kerdil.

Sekian, Terima Kasih.

MARI MENJANA PENDAPATAN

MARI BERFORUM DI 'RUANG FORUM ANDA'

Friday, March 21, 2008

PENDAKIAN BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

Pada 20/3/2008 yang lalu, sekumpulan 18 Climber (15 org tamat, 1 org separuh jalan & 2 org naik kereta kabel) telah menawan Bukit Bendera, Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah hampir 3 jam (Cikgu Razi telah menipu climber - kata 30 minit - hampeh). Kami telah memulakan perjalanan pada pukul 9.00 a.m dan berada di puncak lebih kurang pukul 12.00 p.m. Tempat-tempat lawatan di puncak adalah seperti kedai makan, canopy walk dll. Sebelum memulakan pendakian, chief (Cikgu Razi) mengadakan taklimat ringkas dan bacaan doa. Kami memulakan pendakian dengan bersarapan sandwich yang dibekalkan oleh gadis-gadis tempatan. Kami telah menyusuri trek pendakian hampir 2 jam dan mengikuti jalan bertar selama 1 jam. Seramai 15 climber telah memulakan pendakian manakala 3 orang lagi mendaki dengan menggunakan kereta kabel. Terdapat hampir 100 checkpoint yang telah kami lawati untuk menghilangkan kepenatan dan sesi mengambil gambar. Kami berpeluang berjalan di atas 'Canopywalk' yang mempunyai ketinggian hampir 50 meter.Setelah hampir 2 jam 30 minit kami berada di puncak, kami telah bertolak pulang ke I4P pada pukul 2.30 p.m. dan seterusnya melakukan aktiviti percutian kami di atas katil masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

tobat xmboh g dh..huhu

Anonymous said...

jom arr...manjat lg..bkt bendera tu rendah..kalo gng tahan tu, aku yg tak naik lg, dah tobat tak moh manjat..kah kah kah